... Semangat yang hilang ...



Semangat berkobar-kobar sebelum tok hilang macam ya ajak. Nektok nak molah apa-apa pun rasa sik ada mood. Mun boleh kmk maok berhenti kerja,bebas dari tekanan dari tempat kerja. Bebas dari semangat2 jaik dari tempat kerja. What I want is to stay at home and do house chores. It is just a dream. It's only dream ... Kmk bena2 rasa kosong. Fake smile. Fake laugh. All fakes. Fake me. Deep inside me,I feel want to go far far awayyyyy.. I hate to be alone.


I really miss my baby. Bena2 rindu dengan nya. I'm trying my best to keep busy tapi easy said then done. It's hard. Very hard to do. I dont want to forget my babies. Sidaknya darah dagingku. Kmk maybe belum menjadi ibu di dunia nyata, tapi hakikatnya I am a mother to three angels in heaven. My babies are safe in heaven.


Sik sabar maok habiskan this year. I want to leave this cruel year. I want to meet new year with new hope,new chance, new dreams..


I really really really miss Socrates Aldrian Sturky. I really do..


Published with Blogger-droid v2.0.4

... Seminggu berlalu ...



Walaupun seminggu telah berlalu namun hatiku masih belum sembuh. Aku ingin cepat sihat agar aku dapat melawat kubur anak-anakku.. Suamiku akan murung jika dia tidak melawat kubur anak-anaknya. Seperti tidak lengkap hari-harinya. Aku biarkan sahaja suamiku melepaskan rindu pada anaknya dengan melawat kubur. Setiap petang dia akan ke sana dan membersihkan kubur anak-anaknya.


Masih perit untukku terima semua kenyataan ini. Aku fobia untuk mengandung lagi. Bukan aku serik sakit ataupun tidak mahu melahirkan,tetapi aku takut kejadian buruk berulang kembali. I dont have enough strength to face all this. It hurts me badly. Setiap malam rasa macam ada bermimpi ngeri. Aku takut, sangat takut .......... Kenapa aku sering menjadi mangsa keadaan??


Aku amat berharap agar ada sinar baru yang akan menjelma kepada kami berdua suami isteri. Sinar baru yang meyakinkan, membahagiakan dan yang terbaik. Aku sudah tidak ingin suamiku kecewa lagi... Amen .......


Published with Blogger-droid v2.0.4

.... Ku Kehilangan ....

Sebenarnya, saya tak tahu nak mulakan ayat dari mana, apa, bagaimana, dan macam mana. Saya masih buntu. Saya masih tidak dapat menerima hakikat. Hakikat yang sangat menyakitkan. Yang sangat memedihkan..Namun apa dayaku yang hanya sebagai manusia biasa, yang tidak mampu melawan takdir, apatah lagi menyalahkan takdir.

Berita kehamilan amat-amat menghappykan aku dan husband apatah lagi aku pernah keguguran pada bulan Ogos 2011. Pada masa itu kandunganku berusia 14 minggu, dan janin yang ku lahirkan adalah lelaki yang diberi nama Sebastian Aaron Sturky. Sedih bukan kepalang kerana anak yang ditunggu-tunggu akhirnya terpaksa kurelakan pergi walau perit. Pada Januari 2012 aku sekali lagi disahkan hamil dan berita tersebut amat-amat mengembirakan saya dan suami kerana doa dimakbulkan untuk menimang cahayamata..

Hari berganti hari,bulan berganti bulan.. Kandunganku berusia 20 minggu. Aku merasakan sakit pinggang yang pelik dan luarbiasa. Tapi aku gagahkan jua untuk turun ke pejabat seperti biasa. Tetapi semasa di pejabat aku merasakan sakit pinggangku semakin kerap dan aku rasa tidak selesa dan terus menghubungi suamiku untuk mengambilku kerana hendak ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Setiba di Poliklinik, saya telah diarahkan untuk membuat ujian air kencing kerana disyaki kencing kotor. Masa pemeriksaan tersebut, cuma ala kadar saja yang boleh saya katakan. Tidak menyeluruh. Alasan saya sakit pinggang adalah kencing kotor dan simptom biasa ibu mengandung. Saya diberi cuti sakit 2 hari dan air berperisa oren untuk kencing kotor. Namun sakit itu masih tidak berkurangan. Saya dan suami nekad untuk membuat pemeriksaan di KPJ ditemani oleh mak saya.

Semasa saya di KPJ, pemeriksaan menyeluruh dari segi scan perut, vagina scan dan juga VE telah dijalankan. Doktor menerangkan secara terperinci keadaan baby sewaktu scan dan husband macam berpuashati lebih-lebih lagi jantina baby telah diketahui. Kemudian doktor seakan tidak berpuas hati. Dilakukannya pemeriksaan VE dan mendapati bukaan servik ku telah mencapai 4-5 cm !!! Masa itu saya rasa nak pitam. Rasa dunia gelap dan itu adalah kiamat bagiku. Doktor mengatakan kaki baby dapat dirasai dan tiada jalan lain selain dari lahirkan baby tersebut kerana pangkal rahim sudah terbuka. Saya menyesal, sungguh menyesal kerana tidak mendapatkan rawatan awal. Takdir telah ditentukan ..... Keluar saya dari bilik doktor,saya melihat muka husband yang terpancar kegembiraan kerana telah mengetahui jantina anaknya tetapi belum mengetahui berita sebenar. saya tidak dapat menahan perasaan lagi dan menangis sekuat hati. Orang yang saya sayang bakal kecewa lagi. Punah dan musnah harapan saya untuk menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu ini. Husband seakan memahami maksud airmataku. Doktor memanggil husbandku untuk masuk ke dalam bilik dan menerangkan padanya setiap masalah yang berlaku. Dia kecewa tetapi dia sedaya upaya menahan rasa agar menjadi kekuatan untukku..

Kemudian saya,husband dan ibuku bergegas ke Hospital Umum Sarawak kerana dikuatiri air ketuban ku pecah bila-bila masa sahaja. Aku disorong menggunakan wheelchair ke Labour Room namun wad LR tersebut menyatakan aku harus ke Gynaecology ward. Ibuku tidak berpuashati kerana dia mahukan doktor sedaya upaya menyelamatkan cucunya. Pengalaman pada kali itu amat mengecewakanku kerana servis yang sangat lambat. Oleh kerana anakku songsang dalam kandungan,maka aku berasa kegelian setiap kali baby bergerak menendang-nendang bahagian bawah memandangkan kedudukannya adalah di pangkal rahim. Aku tidak senang duduk menahan sakit memandangkan contraction semakin kerap. Doktor kemudian mengarahkanku untuk baring di katil Labour Room situ kerana dikhuatiri anakku akan keluar bila-bila masa memandangkan bukaan telah buka sepenuhnya. Tunggu punya tunggu tapi baby tidak juga keluar. Saya dah mengerang kesakitan yang kerap. Akhirnya pada pukul 9 malam aku dipindahkan ke Gynae ward memandangkan katil di Labour Room tidak mencukupi dan babyku masih berdegil tidak mahu keluar.

Pada keesokkan harinya,doktor membuat pemeriksaan sekali lagi. Ditanya adakah baby masih bergerak,saya memberitahu baby masih bergerak. Doktor seakan tidak percaya kerana selalunya baby akan lemas. So scan dibuat dan doktor melihat baby sangat aktif. Jantung sangat Ok dan baby menendang-nendang sedang bermain. Hatiku bagai dihiris pisau melihat keadaan anakku begitu. Begitu sebak sehiNgga tidak dapat menahan airmata dari mengalir. Aku berasa sangat bersalah seolah-olah aku akan membunuh anakku yang masih ingin hidup di dalam rahimku. Mummy tak berdaya sayang. Mummy terpaksa akur. Andai ada option lain yang dapatku lakukan demi anakku terus bernyawa,aku sanggup. Tapi apakan daya,kuasa Tuhan mengatasi segalanya... Doktor membenarkan untuk diberi masa agar baby keluar sendiri pada hari ini kerana dia tidak sampai hati untuk memaksa baby keluar memandangkan jantungnya masih berdenyut. Jika baby masih tidak keluar,doktor akan memecahkan air ketubanku kerana jika terlampau lama, rahimku akan diserang kuman dan ini membahayakan nyawa. Baby yang ditunggu tidak juga keluar. Kesakitanku tidak dapat ku tanggung lagi dan pada pukul 7 malam aku diberi ubat penahan sakit dan aku tidur dengan nyenyaknya seperti dibius sehingga pagi.

Keesokkan paginya aku diperiksa sekali lagi oleh doktor dan doktor menyatakan baby masih sangat aktif tetapi servik ku sudah tidak dapat dirasai. Pada pukul 10 pagi aku akan disorong ke Labour Ward sekali lagi untuk melahirkan babyku. Sebelum itu aku mandi dulu,cuci bersih segala anggota badan,cuci rambut,kencing dan sebagainya. Setelah selesai,para jururawat akan menghantarku ke LR. Setelah tiba,hatiku menjadi semakin sayu dan hiba. Aku bakal kehilangan babyku yang ku sangat sayangi. Mampukah aku hadapi semua ini???? Doktor masukkan drip padaku tetapi jalan yang lama telah blocked walaupun telah diflush dan terpaksa set line yang baru untuk drip. Doktor tersebut amat kasar dan aku sempat memarahinya agar jangan kasar. Doktor kemudian cek bukaan servik ku dan menyatakan telah full. Doktor masukkan alat seperti rod yang halus untuk memecahkan air ketubanku. Aku disuruh relaks dan aku merasakan air yang hangat keluar mengalir dengan banyaknya. Doktor menyatakan kaki baby telah dapat dirasai dan doktor menyuruhku meneran. Pada mulanya saya tidak tahu meneran,kemudian doc suruh rapatkan dagu ke dada dan teran sekuat hati. Selepas menarik nafas panjang,aku mula meneran. Dengan 2 kali teran,babyku selamat dilahirkan pada pukul 10:52 am. Aku sebak kerana tiada tangisan akanku dengar. Nurse membersihkan baby dan memberitahu bahawa baby boy. Aku sempat menilik babyku sebelum dia dibawa keluar untuk ditimbang. Namun berat baby cuma 300gram. Nurse kemudian meletakkan baby di atas dadaku dan dia masih bernyawa. Betapa aku sedih melihat keadaan babyku yang tidak dapat ku selamatkan. Ku sentuh pipinya dan dia memberi respon, ku cium keningnya dan dia mengerut dahinya. Oh Tuhan,kenapa Kau rampas kegembiraan itu dariku? Kenapa tidak Kau biarkan anakku hidup terus bersamaku? Hmmm... Suamiku dibenarkan masuk untuk melihat baby kami berdua. Mungkin nurse kesian pada nasib kami berdua yang akan kehilangan anak yang kami sayang dan tunggu-tunggu itu. Suamiku memegang tangan anakku dan anakku menggenggam tangan daddynya seolah-olah dia ingin mengucapkan selamat tinggal pada daddynya.. hatiku sangat-sangat hiba melihat dua beranak berpegangan di katil baby tersebut. Nafas anakku semakin lemah. Dia semakin tidak bergerak dan sangat lemah. Akhirnya dia menghembuskan nafasnya setelah dua jam dia hidup di dunia ini. Aku dihantar pulang ke wad Gynae bersama babyku. Husbandku memegang anaknya sehingga ke wad seolah tidak mahu melepaskan anaknya pergi.  ;(

Socrates Aldrian Sturky selamat dikuburkan di tanah perkuburan Christian Batu Kitang pada petang itu juga. Kini segala tendangannya, gerakannya, hanya tinggal kenangan. Kenangan manis yang tidak mungkin akanku lupakan. Bersemadilah dengan aman,anakku. Jangan nakal-nakal ya, ada abangmu akan menjagamu di sana. Tuhan,Kau jagalah anak-anakku di sana dan bahagiakanlah mereka ya,Tuhan? Andai ini jalan terbaik buat mereka,aku pasrah walaupun hatiku masih sedih yang teramat. Semoga doaku didengarMu Tuhan... AMEN... Rest in peace dearest Little Angel, Sebastian Aaron dan Socrates Aldrian ... Mummy and daddy love you all soooo much. Aku tidak pernah meminta yang lebih, aku tidak pernah tamak untuk ada segalanya. Aku cuma inginkan anakku lahir sihat dan dapat hidup bersama ku dan suami. Ramai yang menanyakan apa yang telah terjadi padaku namun ku tidak punya kekuatan untuk berterus terang. Ramai yang mengatakan memahami perasaanku,tetapi adakah mereka benar-benar memahami?? Pernahkan mereka kehilangan anak sepertiku?? Pernahkah mereka lalui apa yang telah aku lalui?? No !!! They never. So I rasa nobody will understand how does I feel. Aku sangat-sangat bersedih. Setiap hari menangis walaupun ku tahu ku tidak boleh menangis semasa berpantang tetapi hatiku benar-benar ditusuk sesuatu yang tajam setiap kali melihat gambarnya,video nya, merindukan tendangannya.. segala-galanya yang kurindu.. aku bersyukur kerana mempunyai suami dan keluarga yang sangat memahami. Suamiku sering memberi kata semangat padaku walaupun hatinya hancur luluh mengenangkan anak kesayangannya. Thank you,hubby. You are my everything and I will always love you....

Published with Blogger-droid v2.0.4